Saturday, 27 September 2014

Jalan-jalan soru di..IPOH (Part 2)

- In the name of Allah, most gracious, most merciful -

“In the darkness of the night close to the dawning light, I wake up and pray for another better day. Lead us to Jannah. Save us from Al-Haawiyah. Ya Allah, we adore you. Ya Allah, we implore you”

Assalammualaikum readers,

Tadi dok sembang pasal mee kicap. Itu pagi tadi. Yang nak cerita nie pasal semalam. Punya tak update sebab kenyang sangat. Balik makan teruih tidoq. Canteek..perut buncit!

Selepas pi Expo Ipoh (ada sales on adidas, nike & puma), kami pun lapaq. Geng Ipoh bawa kami makan kat dataran.

Mami penah mai situ dulu masa jadi auditor. Client kat Ipoh time tuh dulu. Masa tuh clueless nak makan apa. Memang tak tau apa yang sedap.

Kali ni pi dengan expert Ipoh. Sempoi mempoi. Petang tuh baru ja makan roti canai abdul rahman. Kenyang lagi nie. Nak makan nasi pulak. Tepuk dahi skali.




Mami tak tau apa nama gerai nie sebab depa buka waktu malam ja. Nama gerai pun tak tulih besaq sangat. Tapi depa baguih masing-masing pakai uniform. Baju red bull. Hehe. Dan sangatlah peramah. Hingaq bila kita pun layan depa.

Siang nie tempat parking orang-orang office yang kerja area dataran nie. Majlis perbandaran Ipoh bagi depa tempat ini nak berniaga pada waktu malam. Baguih kan? Asalkan bersih, hampa buatlah bisnes elok-elok. 

Mami share makan bilal Em (sebab kenyang lagi). Kami order nasi goreng ayam pedas. Tak sempat nak amek gambaq sebab punya sedap. 

Nasi goreng dia biasa ja. Ada rasa. Tapi bila pekena dengan ayam goreng pedas tuh yang terangkat! Ayam depa dari ayam goreng biasa depa goreng balik, tapi kali ni disertakan dengan bawang dan cabai melaka. Tak tau nak habaq macam mana tapi hampa kena cuba. Mami pi tambah lagi satu pinggan! (Kata kenyang...)

Tak abih dengan tuh, mai lagi satu speciality depa. Ni dia :

Nasi goreng dataran.


Ibaratkan teloq dadar tuh macam dataran, disertai dengan ayam goreng masak merah dan udang masak sambal. Nampak pinggan kecik tapu itu disebabkan Mami tak reti amek gambar. Size punya besaq!

Nak habaq harga, Mami tak tau sebab paksu yang belanja. Tapi tak mahai lah sampai rm10 sepinggan. Tuh mahai sangat!

Apa tunggu lagi? Mai pekena nasi nie kat dataran Ipoh. Malam ja tau! Toksah mai siang. Mai siang hampa dating laa majlis perbandaran. 

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates