“In the darkness of the night close to the dawning light, I wake up and pray for another better day. Lead us to Jannah. Save us from Al-Haawiyah. Ya Allah, we adore you. Ya Allah, we implore you”
Sudah berminggu Mami dapat keracunan makanan. Dan ianya kembali menyerang di kalangan keluarga Mami semasa cuti panjang Hari Malaysia.
Kami punya syok berkelah kat Batu Ferringhi, balik ja, Hasan (anak menakan aka nephew) muntah-muntah dan cirit birit. Tak cukup dengan itu, makteh (nie terar jual kuih & kek) pun cirit birit. Termasuklah mak Mami. Cirit birit juga.
Ini Hasan :
Macam berjangkit kan? Nak kata makan benda yang sama, tak mungkin lah sebab Hasan tuh baru berumur setahun lebih. Jadi yang mak-mak ni, Mami bagi ja minum Performance Drink. Teruih clear! Sempoi!
Case closed.
However not yet close for Hasan. Poor little guy.
Hasan makin muntah-muntah dan diselang seli dengan demam. Bila Mami jumpa dia 2 hari ini, ingatkan dia dah sihat. Dia mula demam balik. Kesiannya. Tak mampu nak lihat budak kecil demam dan lesu.
Mami bagi juga performance drink 1 sudu kecil saja. Alhamdulillah sihat for a while. Tapi demam kembali menyerang.
Malam tadi teruih bawa dia pi jumpa doktor. Ya Allah, rupa-rupanya suspected denggi! Blood platlet decreased rapidly.
Mami punya cuak (baru anak menakan, belum anak sendiri) terus google. Ada petua untuk denggi ini.
Petuanya :
1. Minum air suam/ air masak dengan banyak. Sekurang-kurangnya 3 liter sehari atau lebih.
2. Blend buah kiwi segar dan minum airnya. - ini boleh ganti dengan Performance Drink
3. Masak sup ketam dan hirup kuahnya.
4. Blend 11 hingga 21 biji kurma bersama segelas air suam. Minum setengah gelas pagi dan setengah gelas petang. Konsisten setiap hari sehingga sembuh.
5. Minum jus jambu kerana khasiat jus jambu dapat melawan radikal bebas.
6. Blend daun pegaga segar dan minum jusnya.
7. Makan tembikai merah banyak-banyak.
8. Minum jus daun betik yang matang (tumbuk daunnya dan perah untuk dapatkan jusnya). Rasanya agak pahit.
9. Banyakkan lagi menyusu anak kepada mak-mak yang masih menyusu.
So, let's try! Nanti kami habaq kat hampa mana yang berkesan naaaa...
No comments:
Post a Comment