“In the darkness of the night close to the dawning light, I
wake up and pray for another better day. Lead us to Jannah. Save us from
Al-Haawiyah. Ya Allah, we adore you. Ya Allah, we implore you”
Niat hanya untuk tolong
Bila saya post kan gambar ini kat instagram, banyak pula
yang datang bertanya, termasuk makjang ku.
Ceritanya begini
Mak Jang : Tasha, nak tanya sikit. Kak hang nampak
kuruih (kurus) noooh. Dia exercise ka? Makan apa?
Mami :
Owh hah! (sentap aku kak aku kuruih). Dia telan Shaklee. Makjang mau ka?
Mak Jang : Ish, tak mau aih. Mak Jang pernah
telan. Apa pun tak jadi. Dok asyik mengunyah ja bila telan ESP.Beli dah lah mahai (mahal).
Mami :
Laaa yaka?
(dalam hati dah geram
sapa pi juai kat dia sampai jadi macam ini. Kesian pun ada)
Mami :
Tak pa Mak Jang. Tasha bagitau pasai pa Mak Jang tak kuruih.
Selepas setengah jam bersembang dan rancak berbual, Mak Jang
pun kata dia nak balik. Tengok gaya kalut semacam nak pi mana. Mami ingat Mak
Jang nak balik. SALAH!
Hampa tau dia pi mana?
Dia pi terpa (terjah) jumpa orang yang salah jual produk kat
dia. Aku kata mampuih dah nie. Jangan lah dia pi bertengkaq dengan budak tu. Mami tak tau apa jadi dengan kes ini. Mami buat senyap lah. Tak mau masuk campur.
Tak sampai 2 jam, dapat call dari Mak Jang.
Mak Jang : Tasha hang tau tak bukan saja dia
kena sergah dengan Mak Jang, siap juai kat Mak Jang lebih dari harga pasaran.
ESP saja jual RM180! Mak Jang geram sungguh!! Sampai hati depa buat macam ni
kat Mak Jang. Kita punya percaya lah kat dia kata dia boleh tolong kita. Duit
nak dekat seribu dah abih.
Mami : Laaa Mak Jang, kesian dia.
Awat Mak Jang pi jerkah dia sampai lagu tuh?
Mak Jang : Takpa, biaq depa tau depa tuh
makan duit orang.
Mami : Lepaih tuh, Mak Jang cakap
apa lagi?
Mak Jang : Mak Jang habaq laa cara makan
yang Tasha ajaq. Depa pun terkejut. Depa pun tak pernah tau.
Mami mampu
tepuk dahi & geleng kepala saja.
Selang 2 minggu, Mak Jang mesej kat Mami kata dia dah turun 3 kg. Alhamdulillah menjadi dan Alhamdulillah aku dapat tolong orang.
Gembiranya hanya Allah saja yang tahu. Jarang dapat gembira macam ini.
Mak Jang ajak Mami pi kenduri rumah dia kata ada orang nak
jumpa. Sampai saja
Mak Jang :
Tasha, hang mai lekaih (cepat)! Tasha ingat dak ada kawan Mak Jang nak jumpa?
Mami terangguk-angguk cepat sambil bawa barang-barang yang
penuh, nasib baik tak tergolek (biasalah geng kalut).
Mak Jang :
Ini lah dia!!!
Sapa nie? Introduce macam aku kenai ja. Memang tak kenai
lah.
Mak Jang : Ini lah dia budak yang salah jual
produk kat Mak Jang. Sekarang ni dia nak beli dari Tasha pulak.
Hahahaha. Mami
gelak terguling-guling. Boleh juga jadi macam nie noooo…
Rupa-rupanya depa beli dari agen yang setakat menjual produk
Shaklee bukannya betul-betul nak menolong.
Ini waktu Mami pi cerita kat depa. Sebelah Mami tu lah yang kena sergah dengan Mak Jang.
Nampak tak apa Mami tulis? Hehe
Niat hanya untuk menolong, tapi dapat lebih. Ini yang dikatakan buat sampai nampak.
Thank you Allah. The best planner will always be You. Syukur
tak terhingga.
P/S kalau nak tau caranya, sila hubungi saya. Jangan segan.
Jangan malu. Kalau segan, pi dok Jalan Bagan, kalau malu pi dok Bagan Hulu.
No comments:
Post a Comment