Monday, 13 October 2014

Apa itu diabetis?

 In the name of Allah, most gracious, most merciful -

“In the darkness of the night close to the dawning light, I wake up and pray for another better day. Lead us to Jannah. Save us from Al-Haawiyah. Ya Allah, we adore you. Ya Allah, we implore you”

Assalammualaikum my readers,

Ya, kebelakangan ini Mami dok penuhkan timeline hampa dengan diabetes. Kenapa? Sepanjang hari minggu Mami dok jumpa orang yang ada kencing manis, dari umur 13 tahun sampailah umur 67 tahun.  Jadi Mami tertarik nak tau dengan terperinci pasal kencing manih nie.

1. Apa itu Diabetis? 

Soalan yang biasa diajukan. Yang kita paham hanyalah kencing manih. Dok habaq kat jiran tetangga pasai salah satu penyakit 3 serangkai nie. Tapi paham ke tidak? Mungkin yang cakap hanya tau term kencing manih tapi takdak lah paham sangat macam mana boleh kena dengan kencing manih. 







2. Bagaimana kencing manis boleh terjadi?

Kencing manis berlaku apabila kelenjar pankreas sentiasa menggunakan insulin dan kadangkala melebihi paras normal.

3. Apa itu insulin?

Insulin adalah sejenis hormone yang mengawal paras gula dalam darah. Apabila kita minum atau makan, kandungan gula dalam makanan/minuman merangsang kelenjar pancreas untuk menghasilkan insulin.

Insulin membenarkan gula yang dipecahkan dalam bentuk ringkas dalan darah berpindah ke sel-sel bagi membolehkan sel berfungsi.



Tetapi!

Apabila pemindahan tidak berlaku (akibat kekurangan insulin), darah akan mempunyai gula berlebihan. – KENCING MANIS!






4. Apa simptom kencing manis?

a)     Darah yang pekat dan gelap




Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap & lekit, yang membolehkan aliran darah menjadi tersumbat atau kurang lancar.

b)    Kerap rasa dahaga & panas



Bila darah menjadi pekat & likat, dan mengalir dengan perlahan, pengangkutan oksigen dan nutrient dalam darah tidak akan efektif. Waktu inilah kita mudah rasa mengantuk dan letih.

Kualiti tidoq pun turut kacau. Walaupun tidoq lebih dari 8 & 9 jam, kita masih rasa mengantuk, letih terutamanya lepas balik kerja.
           
c)     Lemah tenaga batin dan mati pucuk



Tidak kira lelaki atau perempuan, kencing manis akan menganggu system hormon badan dan menjejas nafsu seks.

d)    Bintik hitam mula muncul pada kulit, rasa gatal dan kebas-kebas.




Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat kekurangan glukosa. Waktu ini glukosa banyak terapung di dalam darah dan tak dapat masuk ke sel.

Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah, yang akhirnya mengeras dan jadi gumpalan, yang muncul dalam tompok-tompok.

e)     Bahagian kulit mula mati, jadi hitam & gelap, bermula dengan kaki.





Yang tadi darah dok mengeras, menyekat pula bekalan oksigen dan nutrient kepada sel-sel kulit. Bila takdak oksigen, mula lah sel-sel kulit mati dan kemerosotan sel mati akan meningkat.

f)      Gangrene bernanah di hujung jari kaki



Mengapa kaki yang selalu menjadi mangsa awal? Ini kerana jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung. Darah yang sampai dekat jari kaki sudah pun kehilangan daya tolakan.

Ditambah dengan darah bergula yang pekat, oksigen tidak sampai, sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, - what a nice environment for bacteria!

Mana sel putih? Yang patutnya bunuh bakteria? Depa pun tak sampai.

Bila bakteria sudah merebak, let’s proceed.

g)    Gangrene merebak, bakteria sudah makan daging sampai tulang terdedah.



Jangkitan bakteria yang tiada kawalan dan tak terkawal, penyelesaian sementara : POTONG!

Bermula dengan potong tapak kaki, merayap ke seluruh kaki, merayap ke betis, peha….

h)    Penglihatan menjadi kabur




Kapilari yang terdapat pada mata adalah paling halus. Bila pengaliran darah terjejas (yang pekat bergula),  sel-sel mata turut merosot.

Penyakit katarak atau lagi teruk buta, mula menghampiri.

i)       Masalah buah pinggang, batu karang, tekanan darah tinggi, jantung & yang berkaitan.





Buah pinggang menjadi semakin lemah, sebab beban kerja bertambah.

Overtime apa yang buah pinggang kena buat?

-         Kena menapis glukosa yang berlebihan
-         Kena singkirkan sisa-sisa kimia yang berasal dari ubat-ubatan.


Sinonim dengan kematian

Kematian di kalangan manusia secara umumnya boleh dikelaskan kepada kategori berikut:

1.       Kemalangan – Kecuaian, kemalangan jalan raya, terbunuh.
2.      Penyakit berjangkit (communicable disease) – Malaria, AIDS, Tuberculosis, Wabak H5N1.
3.     Penyakit bukan berjangkit (non communicable disease) – Kanser, Kencing manis, darah tinggi, penyakit jantung
4.     Sakit kerana terlalu tua

Walaubagaimanapun, berdasarkan statistik terbaru PBB, 2 daripada 3 kematian yang berlaku di seluruh dunia adalah berpunca daripada penyakit bukan berjangkit (non communicable disease) sama ada dari kanser (terutamanya paru-paru), kencing manis, darah tinggi, dan penyakit berkaitan jantung! Sekali lagi, ini merupakan fakta gila! Memang gila! Lebih gila lagi apabila “kencing manis” berdiri sebaris di situ.

Malah, Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon menambah dalam laporan berkenaan bahawa empat penyakit utama bukan berjangkit ini telah muncul perlahan-lahan di negara-negara maju dan membangun, dan tanpa disedari mereka kini telah menjadi satu wabak global yang dahsyat!

Jadi, apa kita boleh buat???

Klik link bawah untuk ketahui lebih lanjut :

http://mamitasha.blogspot.com/2014/10/vivix-for-diabetes.html

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates