Wednesday, 1 October 2014

Tok ayah ku

- In the name of Allah, most gracious, most merciful -

“In the darkness of the night close to the dawning light, I wake up and pray for another better day. Lead us to Jannah. Save us from Al-Haawiyah. Ya Allah, we adore you. Ya Allah, we implore you”

Assalammualaikum readers,

Mami baru balik dari jumpa tok ayah. Dapat call kata dia sakit. Hakim bagitau tok ayah macam nak pitam masa pi market. 

Mami pi. Sayu sangat aih. Tengok Tok Ayah yang dah berusia 81 tahun. Kurus, cengkung, kulit boleh nampak tulang.





He used to be very active and energetic, and handsome! Badan pun sasa dan tinggi. Setiap hari akan mencangkul. Bersihkan rumah. Laa nie tengok, pegang penyapu pun dah tak larat.


Tok ayah memainkan peranan penting ketika kami masih kecil. Mama dan abah dulu hidup susah. Baru nak mula hidup di Pulau Pinang. Tok ayah ketika itu masih bertugas sebagai polis di Ipoh. 

Sebagai ibu bapa yang berkejaya, mama dan abah cuba mencari masa untuk menjaga kami. 

At that time, they were struggling to balance work and life. 

Dulu tak sehebat sekarang. Mana ada nurseri sangat. Hanya mengharapkan jiran-jiran yang baik hati tinggalkan anak seketika. 

Tok Ayah took the part of raising us. 

Lepas pencen, Tok Ayah ambil keputusan untuk pindah ke Pulau Pinang. Dari situ dia memulakan pekerjaan baru iaitu menjaga cucu-cucunya.




Dia sanggup tunggu kami balik sekolah, singgah sat pekena teh ais (tanpa pengetahuan abah), baru balik. Kalau tiba-tiba kereta dia rosak, dia dah risau macam mana cucu-cucunya nak balik. 

Kami pulak, bila kereta tok ayah rosak, yes ada can nak pi baca komik kat kedai komik (itu mami). Tasnim, dia rajin pi main tikam kat belakang sekolah. Masa tuh tak tau apa. Tau nak menang hadiah ja. Tak tau takleh main. Yang penting menang!

Keseronokan hidup dengan tok ayah membuatkan abah bengang ngan Mami selalu. Mami suka tidoq umah tok ayah. Sebab malam-malam tok ayah selalu layan Mami tengok wrestling. Kul 11pm kat TV3. Selalu lah jadi drama spektra kat rumah tok ayah acapkali Mami tak mahu balik rumah abah. 

Cuma yang tak seronoknya dok umah tok ayah, pagi-pagi dah kena bangun. Lagi teruk, bila tok ayah bawa kami pi mandi ayaq telaga.

Ya Allah, sejuknya tuhan ja tau. Sampai ke sendi. Dah lah tengah dok mengantuk tuh, dia pi simbah ayaq telaga. Grrrrrrr! Balik ketaq2. Pakai selipar pun dah tak betoi.  

Itu antara pengalaman Mami bersama tok ayah. Mami harap tok ayah akan cepat sembuh. Walaupun demam kecil ja, Mami tau ini faktor usia. Mami akan cuba sedaya upaya untuk jaga tok ayah. 

Tolong doakan tok ayah sihat dan ada selera makan.

No comments:

Post a Comment

 

Sample text

Sample Text

Sample Text

 
Blogger Templates